? ??????????????What a Day? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??99 Grabs Today. 2657 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????This Sensation? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??95 Grabs Today. 1636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Born to Shine BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, February 24, 2010

"Kebebasan Mutlak Media Baru M'bawa Kepada Kerosakan Keharmonian Kaum"

Hari ini media baru sering dikaitkan sebagai medium perubahan dalam mengetengahkan sesuatu perkara , isu ataupun benda dengan lebih mudah dan cepat , jika dahulu media-media tradisional seperti suratkhabar dan juga media-media massa yang lain  digunakan untuk mengetengahkan perkara  ataupun isu tersebut , dan sebelum sesuatu perkara ataupun isu itu dibenarkan untuk disiarkan ia perlulah mendapat kebenaran daripada editor media tersebut yang bertindak sebagai “gatekeepers” . Tetapi dalam hal ini media baru sejak kebelakangan ini sering sahaja digunakan untuk mengetengahkan sesuatu isu ataupun perkara   sebagai medium pelepas perasaan  dan ketidak puashatian mereka terhadap sesetengah pihak ataupun perkara. Sedarkah kita  apa yang dikatakan sebagai pelepas perasaan itu  dan dilembarkan didalam laman-laman web ,blog,video dan sebagainya itu sebenarnya boleh dikatakan pembawa kepada kerosakkan  keharmonian kaum di negara ini. Memang tidak dinafikan perubahan –perubahan yang dibawakan  media baru seperti  yang dilakukan oleh media –media cetak dan juga elektronik dengan menukar bentuk penyampaian maklumat-maklumat terkini ataupun berita ke dalam media baru   hari ini membawa kesan yang amat baik bagi masyarakat kita pada hari ini seperti berita dalam talian yang lebih pantas , blog –blog untuk menyampaikan pandangan , luahan ,  video-video yang digunakan untuk menguatkan lagi apa yang cuba sampaikan dan sebagainya.
Tetapi kita sebenarnya  alpa dalam kecanggihan yang cuba dibawakan  media baru ini secara tidak lansung  sebenarnya  telah meletakkan kita dalam kedudukan orang yang tidak beretika . Apa yang dimaksudkan  tidak beretika disini  ialah mereka  yang cuba  mempengaruhi masyarakat  ataupun kumpulan untuk melakukan sesuatu perkara melalui penulisan mereka dengan menggunakan media baru ini untuk mencetuskan ketegangan antara masyarakat di negara ini.

Mengambil bukti daripada beberapa kes yang kerap berlaku disebabkan menggunakan media baru ini  sudah cukup untuk menggambarkan kucar-kacirnya keharmonian yang telah dibina sesuatu masayarakat itu disebabkan satu bentuk penulisan provokatif ataupun dengan kata lain menghasut , menyebarkan perkara yang tidak benar kesahihanya  dan  apa  yang pastinya perbuatan tersebut mempunyai  agenda-agenda yang  tersembunyi .
Isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian , isu pendedahan keburukan terhadap almarhum Sultan johor yang mangkat baru –baru ini , penangkapan seorang pelajar yang menggunakan laman web Facebook dengan memberikan kenyataan akan membuat satu  lagi kes  bakar gereja  , kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim , dan banyak lagi . Semua kes-kes tersebut  melibatkan penyalahgunaan media baru ini. Mengambil contoh kes  seperti isu bakar gereja dan juga keyataan yang diberikan dalam Facebook ,  jika tidak dipantau mungkin akan menyebabkan isu ini menjadi lebih buruk , acapkali pemimpin kita , para-para ulama  dan juga pemimpin kristian sendiri menyatakan  bahawa jangan diperbesar-besarkan isu ini sehinggalah satu keputusan mengenainya keluar.Sebagai rakyat biasa yang sinonim dengan sikap cepat melatah ,  kita  akan cepat terpengaruh dengan apa-apa jua isu lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan soal agama , bangsa  , dan juga kedaulatan  sesebuah institusi .Akibat daripada itu mereka yang terpengaruh akan melakukan perkara ataupun perbuatan yang boleh dikatakan sebagai masyarakat yang tidak beretika dan mungkin boleh kita kategorikan sebagai “perosak negara” .
  
Apa- apa jua bahan yang telah disiarkan dalam internet , blog , website dan sebagainya  adalah  kekal  , walaupun ada cara  untuk memadam bahan-bahan yang telah disiarkan tetapi  sebenarnya  ia masih lagi boleh dicari melalui carian-carian internet yang lain.  Tiada istilah padam dalam menggunakan media baru ini . Janganlah jadikan  kebebasan mutlak media baru ini sebagai hak mutlak untuk kita menyampaikan sesuatu , ada baiknya pihak kerajaan mewujudkan akta-akta yang boleh menahan mereka yang menyalahgunakan media baru ini.Kecangguhan teknologi yang ada pada hari ini sepatutnya digunakan untuk kebaikkan semua pihak dalam memastikan negara dan rakyatnya terus berdaya maju tanpa meninggalkan norma-norma masyarakat Malaysia yang penuh dengan nilai budi pekertinya yang tinggi antara satu sama lain.  
Video Yang Mungkin Boleh Menyebabkan Perpecahan Keharmonian Sosial Antara Kaum ( Sedutan Daripada Filem Gadoh- Tidak diluluskan oleh LPFM)
Satu Malaysia - Perpaduan Semua Kaum

0 comments: