? ??????????????What a Day? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??99 Grabs Today. 2657 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????This Sensation? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??95 Grabs Today. 1636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Born to Shine BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 14, 2010

Nukilan Hatiku

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi subahanahuwata’ala aku masih lagi lagi bernafas di bumi ya tuhan….rasa sungguh beruntung kerana ku rasakan aku masih lagi menjadi hamba yang Allah kasihi walaupun pada hakikatnya akulah insannya yang paling hina…entah kenapa diri ini kurasakan seperti masih ada lagi ruang yang kosong …

Ya…keredhaan Allah yang aku cari –cari sebenarnya masih lagi belum lagi aku ketemui …mungkin aku masih lagi melakukan perkara-perkara yang tidaka disukai oleh-Nya …mungkin aku masih lagi mengingkari perintah yang telah diwajibkan oleh-Nya….mungkin , mungkin dan segalanya mungkin….segala macam kejadian , perbuatan dan juga kelakuan diriku semunya boleh mengundang kemurkaan Allah….

Hati ini seakan –akan memujuk yang aku tidak melakukan apa-apa dosa pun tetapi walhal akulah yang paling banyak dihitung dosa oleh malaikat dan tentunya yang berada di kiri dan kanan aku ini .Ya Allah tunjukkan lah aku jalan yang diredhai olehmu Ya Allah ….tunjukkan aku jalan yang jelas lagi nyata….aku tidak mahu lagi keluar dari jalan lurusmu…cukuplah selama ini dosa –dosa yang aku sedari telah aku lakukan ….

Memang mejadi lumrah seorang manusia yang akan kembali ke jalan asal apabila ia telah mengesali segala kesilpannya ….lebih-lebih bagi mereka yang sememangnya islam yang sudah tentunya Islam adalah agama yang Haq ,hakiki batil dan sebagainya.

Tetapi persoalannya sekarang sejauh mana kita kembali ke jalan asal ,ke jalan yang diperuntukkan oleh Allah ….ke jalan yang benar….setiap hari kita mesti membaca Al-Fatihah ayat iaitu ayat ke -5 (“ tunjukkanlah aku jalan yang lurus”) ….yang sebenarnya itu adalah satu doa kita kepada Rabb kita….tetapi kenapa kita masih lagi mengingkari perintahnya walhal perkara yang paling asas iaitu menunaikan solat 5 waktu tidak dapat kita jalankan…siapalah saya ingin mengatakan yang saya bagus dan sebagainya …tetapi itulah hakikatnya ….ramai di kalangan anaka-anak muda sekarang ,golongan yang bekerjaya,orang-orang tua…masih lagi tidak mampu menjalankan perkara asas yang dituntut dalam islam ini…ingin saya memetik kata-kata seorang ulama yang terkenal di Malaysia “ solat adalah tiang agama kita,jika kita meninggalkan solat bermakna kita telah meruntuhkan agama kita…solat juga menjadi pendinding bagi kita dalam melakukan segala kemungkaran…jadi tidak heranlah mengapa gajala sosial sekarang semakin berleluasa , apa tidaknya kita telah diumpan oleh pihak –pihak yang semangnya hendak menjatuhkan islam dengan berbagai –bagai hiburan …kita menjadi leka …kita lupakan Allah….Ya Allah selamatkan kami…tapi bagi mereka yang nampak akan kebenarannya semamangnya pasti akan kembali kepada fitrah islam yang sebenar…Allah itu maha penyayang …kepada hambanya….diturunkan bala supaya hambanya sedar akan keterlanjuran yang dilakukan ….

Semuanya dibuat untuk membuatkan hambanya kembali ke jalan yang benar…siapa yang bercakap Allah itu kejam….isgtifar lah saudaraku….perkara –perkara yang perlu dilakukan dan yang dituntut dalam islam sekarang semakin membuatkan kita janggal untuk melakukannya….

Ya kita sekarang kembali dagang …betulllah kata seorang rakan seperjuangan ,,,” manusia datangnya dagang dan akan kembali dagang akhirnya” mana tidaknya jika kita ingin melakukan sesuatu yang dituntut dalam islam contohnya kita akan dikata kolot….nah daganglah itu namanya…sesuatu yang pelik apabila dilakukan sekarang….

Sedih apabila rakan –rakan diperantaun turut sama hanyut dalam dunia yang penuh dengan nodaan sehinggakan menganggap tidak menunaikan solat adalah perkara yang biasa….hukum islam mengatakan boleh jatuh murtad seseorang yang waras akalnya ,berkemampuan jika meninggalkan solat dengan sengaja…dan satu lagi hujah ataupun dalil daripada para ulama itu sendiri yang mengatakan dalam hukam islam jika seseorang yang beragama islam jike meninggalkan solat dengan sengaja boleh dijatuhkan hukuman pancung….sampai pancung …dasyat…daripada situ kita dah dapat lihat betapa Allah itu terlalu meniti beratkan solat itu…kerana dengan solatlah ianya akan mencorakkan kita samaada ke arah kebaikkan ataupun keburukkan …daripada situ jugalah kita akan dapat melihat sejauh mana tahap keimanan kita ….

Saya hendak mengajak anda semua berfikir sejenak ..layakkah kita makan nikmat dan rezeki yang telah diberi oleh Allah ….jika kita tidak melaksanakan apa yang sepatutnya….layakkah kita….bermacam-macam nikmat telah diberikan oleh-Nya …tapi kita masih lagi berkira dengan-Nya…

Ya Allah dosa aku menggunung tinngi rasanya…acap kali taubatku tidak aku tepati…Ya Allah aku tahu kau jua sedang memerhati apa yang aku tuliskan sekarang…hanya kau yang tahu isi hati aku ….hanya kau jua yang tahu betapa aku hendak menjadi orang yang soleh….dapat berbakti kepada ibubapa…menjalankan tanggunjawab kepada saudaraku yang sudah terlanjur kembali ke jalan yang benar…berilah aku kekuatan itu YA Allah …hanya kepada –Mu yang aku harapkan…

Entah kenapa masih aku tidak dapat mencari kenapa masih lagi aku tidak diberikan hidayah oleh Allah…mungkin Allah mahu menguji diri ku ini….aku pasrah YA Allah…jika itu kehendakmu…tapi dalam masa yang sama aku juga takut aku tidak dapat menghadapinya….bimbinglah aku Ya Allah….aku tahu kasih saying kau terhadapku melimpah tidak terhingga…tapi hanya aku sahaja yang tidak sedar ….terimalah daku dalam pandanganmu YA Allah….berikanlah hidayahmu kepada diriku….rakan-rakanku,guru-guruku,saudaramaraku….keluargaku…harapan didada ini ingin sahaja melihat semua yang aku kenali menjalankan apa yang sepatutnya dijalankan oleh seorang mukmin dan mukminah yang sejati…jika ini terjadi mungkin akan diberikan kekuatan untuk mengajak saudara-saudara yang lain turut sama ke jalan yang diredhai oleh Allah ini….

Saja aku coretkan luahan rasa hati ini…yang sebenarnya ingin sahaja aku membuat satu cerita yang berkisar tentang reality kehidupan umat sekarang …yang semakin terpesong dari jalan yang sepatutunya…pergh…tapi aku hanya wait n see….mungkin belum rezeki aku…dalam coretan ini juga ingin aku memperlihatkan keinginan aku untuk menjadi seorang ustaz…mempunyai isteri yang solehah dan juga anak-anak yang taat kepada ibubapanya….Alhamdulillah aku rasa betul –betul bersyukur kerana aku dapat mengenali seseorang yang mungkin akan menjadi temanku yang sah …kesemua ciri-ciri yang idamkan ada pada dirinya…Alhamdulillah sekali lagi..tapi iyelah manusia hanya merancang …tuhan yang menetukan …apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan terus berdoa..insyaAllah doa akan termakbul …Allah mendengar doa hambanya yang ikhlas..syukur juga tidak terhingga kerana Allah telah menemukan aku dengan rakan-rakan seperjuangan dalam JPM ….semuanya mempunyai misi yang sama iaitu ingin mengakkan agama Allah…walaupun method yang berlainan tapi aku gembira dengannya…ini membuatkan aku ingin lebih mengetahui mana yang sebenarnya kita perlu ikuti …mungkin ini adalah satu proses pembelajaran dan juga kadang kadang membuatkan aku menjadi lebih tabah….terima kasih Allah….tidak tahu bagaimana lagi ingin aku ucapkan …..rasa syukur tidak terhingga lagi kepada Mu Ya Allah….

YA Allah janganlah jadikan aku seorang yang sombong ,takbur dengan apa yang aku dapat …..jadikan aku seorang yang suka merendah diri..janganlah timbulkan aku syak wasangka yang buruk kepada orang disekelilingku….YA Allah aku mohon kepada mu Ya Allah janganlah pesongkanku ke jalan yang sepatutnya…bimbimbinglah diriku,keluargaku,guru-guruku,saudara maraku dan juga rakan-rakanku ke jalan yang benar…kekalkanlah kami dalam ketaatan Mu Ya Allah…

0 comments: